Sunday 21 August 2011

KiTa MaKan..Tapi...X Bahaye Ke????

hi readerssssss.....(^_____________^)
lame x taip entry baru...huhuhuh..
mesti anda sume tertunggu2...(perasaaaaaaaaaaaannnn)
lagi seminggu je nak raye...
ape???seminggu??? (asgment bertimbun2 bak gunung everest)
xpe..gambateeeeeeeeee...berusaha,,pas ni leh..
enjoy \(^^)/...kutip wit rayeee

 cop3..

ngentikan cite pasal raye..(telinge tengiang2 lagu raye...)

entry kali ni...kami nak cite pasaiii..

yela..time raya ade ketupat,rendang,lemang,kuah kacang..
(pehhhhhhhhhh..melelh air liur)
 tapi...pernahkah kite pk pasal apa yang kite makan?????
jom2..kita galiiiii...........

10 bahan tambahan makanan yang menggerunkan

 

Bahan tambahan 1: Olestra
Bahan pengganti lemak yang disintesiskan oleh Procter & Gamble. Oleh kerana enzim semulajadi di dalam perut manusia tidak mampu memecahkan molekulnya yang besar, nilai kalori sumbangannya ialah 0, takde apa-apa kelebihan.
Pada lewat 90-an, Frit-Lay mengeluarkan kerepek jenama WOW yang dipertingkatkan dengan olestra manakala Procter & Gamble pula mengeluarkan Pringles bebas lemak. Kedua-dua produk disyaratkan diletak label amaran risiko cirit-birit. Satu kajian terhadap haiwan oleh Purdue University mendapati penggunaan olestra menambahkan berat badan yang lebih banyak berbanding lemak asli.


Bahan tambahan 2: Pewarna karamel
Sejenis pigmen warna tiruan yang dihasilkan dengan memanaskan gula, selalunya melibatkan ammonia.
Pewarna karamel digunakan dalam hampir semua jenis makanan dalam dunia ini. Daripada roti, minuman ringan, kek dan pastri hinggalah ke makanan bayi. Jika dihasilkan secara semulajadi daripada gula, ia masih lagi dikira selamat. Namun bila sahaja melibatkan ammonia, ia akan dicampurkan dengan 2-methylimidazole dan 4-methylimidazole yang disahkan sebagai ejen kanser pada tikus. Malangnya pengeluar makanan tidak diwajibkan mendedahkan sama ada mereka menggunakan ammonia.


Bahan tambahan 3: Sakarin
Pemanis tiruan yang terhasil secara tidak sengaja pada 1870-an, juga dikenali sebagai 'Ibu gula'. Sakarin berasal daripada perkataan Arab yang bererti gula.
Biasanya digunakan dalam minuman ringan. Mengikut kajian, sakarin menyebabkan kanser pundi kencing pada tikus-tikus ujian. Kajian juga mendapati ia menyebabkan obesiti.


Bahan tambahan 4: Potassium Bromate
Dikenali juga sebagai Kalium Bromat, merupakan sejenis ejen tepung penaik.
Ia boleh menyebabkan ketumbuhan pada tiroid dan buah pinggang. Diharamkan di banyak negara. (Jika digunakan pada pokok kelapa sawit, adakah ia akan menyebabkan buah tumbuh dengan lebat?)


Bahan tambahan 5: Butylated Hydroxyanisole (BHA) and Butylated Hydroxytoluene (BHT)
Bahan pengawet tiruan dan antioksida berasakan petroleum.
Dikenali sebagai kemungkinan bahan penyebab kanser atau barah kepada manusia. Sebenarnya, walaupun dianggap keperluan, ia boleh digantikan dengan vitamin E.


Bahan tambahan 6: Minyak sayuran separa berhidrogen
Lemak separa pejal yang terhasil apabila hidrogen dimasukkan ke dalam asid lemak tidak tepu.
Ia merupakan sumber utama lelemak trans dalam makanan segera. Mengikut kajian Harvard, sejumlah 70,000 serangan jantung setahun  (USA) disebabkan lelemak trans. Digunakan dengan meluas dalam rangkaian restoran makanan segera.


Bahan tambahan 7: Sulfit
Sulfit merupakan bahan pengawet yang mengekalkan warna makanan dan menghalang pembiakan bakteria dengan melepaskan sulfur dioksida.
Telah digunakan sejak beribu tahun dahulu untuk mengelakkan makanan basi dan mengekalkan kesegaran makanan. Walaupun kurang berbahaya, tetapi ia boleh membawa maut kepada penghidap asma dan lelah.


Bahan tambahan 8: Azodicarbonamide
Ataupun azodikarbonamida merupakan sejenis kondisener makanan (doh) tiruan yang berwarna kuning oren.
Disyaki sebagai penyebab penyakit asma dan banyak digunakan dalam industri pastri dan roti seperti roti burger dan donat. Selain itu ia digunakan untuk menghasilkan plastik busa industri.


Bahan tambahan 9: Karaginan
Ia tidak akan menyebabkan pengguna menjadi rajin, malah ia merupakan bahan pemekat dan emulsi berasal dari rumpai laut.
Walaupun rumpai laut terbukti baik untuk manusia, tetapi karaginan hanyalah produk sampingan atau bahan buangan dari produk utama rumpai laut. Kajian terhadap haiwan mendapati ia menyebabkan barah, radang dan masalah usus. Kepada manusia masih tidak diketahui apakah ia menyebabkan kerosakan teruk, ia boleh dikumuh oleh badan manusia seperti biasa. Karaginan digunakan secara meluas dalam pembuatan aiskrim.


Bahan tambahan 10: Ammonium Sulfat
Merupakan garam tak organik yang terhasil secara semulajadi berhampiran gunung berapi aktif dan digunakan secara komersil untuk membiak yis.
Bahan kaya nitrogen ini juga digunakan sebagai baja dan sering digunakan dalam bahan pemadam api. Dalam industri makanan ia digunakan untuk membuat roti. Mengikut kajian yang dijalankan, ammonium sulfat selamat untuk digunakan kerana ia merupakan bahan semulajadi.

 Haaaa..ada brani nak makan bende2 tersenarai kat ats ni byk2??
xyah la...memudaratkan...
renung2 kanlah dan selamat beramallllll..
(^__________^)

itu sahaja dari kamiiii...
jumpe lagiii..daaaaaaaaaaaaaaaa....
assalammualaikum....

Nota jari: makan utk hidup..bukan hidup untuk makan...

(admin: Princess Zahara..(^^,)~)
sumber bahan diatas: wikipedia