Saturday, 24 September 2011

TiMe Is RuNnInG OuT!!

hi readers...(^_______________________________^)
apa habaq??sehat ka???byk p rumah terbuka??? (baru balik dari umah syukur..open house..kelasss ko jahhhhh!!)
ok..da lepas VIVA (yeaaaaaaaaaaa....)..kene tumpu untuk Asingment STS ni pule...
hari selasa..kami akan buat pameran tentang tajuk kami ni..
di mana???dimana???dekat dengan Jabatan Sains...
Jemput dtg yeeeeeeeee....Insyaallah byk info baru yang korang akan dapat..
Kami akan sediakan sedikit tayangan video mengenai aditif makanan...
Sampel makanan2 yang kite slalu makan pon ade...
dan kami akan cube mengupas dan menerangkan beberapa aditif makanan yang berbahaya kepada kita...
tapi kite still ngappppp tanpa sedar...hehehehe
that's alll....
kalo ade rumah terbuka tu..jemputla kamiiii...heeeeeeeeeeee (^^,)~~
tapi nk share vid ni...
kepada peggemar minuman ringan..awassss.....
sayangilah diri kamoooo~~

video


admin: Princess Zahara \(^^)/

Tuesday, 13 September 2011

Aktiviti belog kami yang sentiasa sibuk... heh??

Assalamualaikum.. annyeonghaseyo sugnyeoleobun... Konnichiwa...

kali ni kami just nk update aktiviti belog kami tuk tugasan SCE 3114 ni.. sila baca dgn pnuh minat ok!! (kalau x minat wat lolok minat ah..)

mula2 kami akan wat 1 survey ttg tajuk kami iaitu aditif dlm makanan.. survey ni hanya dijalankan kpda batch sem 8 IPG Kampus Pndidikan Teknik... (InsyaAllah jalannnn..) lpas survey dh jalan mestilah kena analisis kan? pastu kami akn berusaha  bersungguh2 (btol2 ni!!) utk wat laporan ttg survey tuu.. barulah nmpak mcm aktivis Sains kan3?

slpas itu InsyaAllah kami akan buat satu mini pameran ttg hasil kerja kami... so utk pameran yg akan dijalankan (tarikhnya kami akan update lain k) silalah dtg beramai2 utk kta brkongsi maklumat ttg aditif dalam makanan dan InsyaAllah kami cuba dpatkan status halal haram aditif yg kami kaji dgn mrujuk kpda sumber2 yg sah spt Jakim dll....

sooo.. stkat tu saje N3 kali ni ye kawan2... ketemu lagii yaaa.... lap u olls.. heart u olls deep deep!! hihi (gatal!!)

admin : ahyyinn a.k.a ain

Sunday, 21 August 2011

KiTa MaKan..Tapi...X Bahaye Ke????

hi readerssssss.....(^_____________^)
lame x taip entry baru...huhuhuh..
mesti anda sume tertunggu2...(perasaaaaaaaaaaaannnn)
lagi seminggu je nak raye...
ape???seminggu??? (asgment bertimbun2 bak gunung everest)
xpe..gambateeeeeeeeee...berusaha,,pas ni leh..
enjoy \(^^)/...kutip wit rayeee

 cop3..

ngentikan cite pasal raye..(telinge tengiang2 lagu raye...)

entry kali ni...kami nak cite pasaiii..

yela..time raya ade ketupat,rendang,lemang,kuah kacang..
(pehhhhhhhhhh..melelh air liur)
 tapi...pernahkah kite pk pasal apa yang kite makan?????
jom2..kita galiiiii...........

10 bahan tambahan makanan yang menggerunkan

 

Bahan tambahan 1: Olestra
Bahan pengganti lemak yang disintesiskan oleh Procter & Gamble. Oleh kerana enzim semulajadi di dalam perut manusia tidak mampu memecahkan molekulnya yang besar, nilai kalori sumbangannya ialah 0, takde apa-apa kelebihan.
Pada lewat 90-an, Frit-Lay mengeluarkan kerepek jenama WOW yang dipertingkatkan dengan olestra manakala Procter & Gamble pula mengeluarkan Pringles bebas lemak. Kedua-dua produk disyaratkan diletak label amaran risiko cirit-birit. Satu kajian terhadap haiwan oleh Purdue University mendapati penggunaan olestra menambahkan berat badan yang lebih banyak berbanding lemak asli.


Bahan tambahan 2: Pewarna karamel
Sejenis pigmen warna tiruan yang dihasilkan dengan memanaskan gula, selalunya melibatkan ammonia.
Pewarna karamel digunakan dalam hampir semua jenis makanan dalam dunia ini. Daripada roti, minuman ringan, kek dan pastri hinggalah ke makanan bayi. Jika dihasilkan secara semulajadi daripada gula, ia masih lagi dikira selamat. Namun bila sahaja melibatkan ammonia, ia akan dicampurkan dengan 2-methylimidazole dan 4-methylimidazole yang disahkan sebagai ejen kanser pada tikus. Malangnya pengeluar makanan tidak diwajibkan mendedahkan sama ada mereka menggunakan ammonia.


Bahan tambahan 3: Sakarin
Pemanis tiruan yang terhasil secara tidak sengaja pada 1870-an, juga dikenali sebagai 'Ibu gula'. Sakarin berasal daripada perkataan Arab yang bererti gula.
Biasanya digunakan dalam minuman ringan. Mengikut kajian, sakarin menyebabkan kanser pundi kencing pada tikus-tikus ujian. Kajian juga mendapati ia menyebabkan obesiti.


Bahan tambahan 4: Potassium Bromate
Dikenali juga sebagai Kalium Bromat, merupakan sejenis ejen tepung penaik.
Ia boleh menyebabkan ketumbuhan pada tiroid dan buah pinggang. Diharamkan di banyak negara. (Jika digunakan pada pokok kelapa sawit, adakah ia akan menyebabkan buah tumbuh dengan lebat?)


Bahan tambahan 5: Butylated Hydroxyanisole (BHA) and Butylated Hydroxytoluene (BHT)
Bahan pengawet tiruan dan antioksida berasakan petroleum.
Dikenali sebagai kemungkinan bahan penyebab kanser atau barah kepada manusia. Sebenarnya, walaupun dianggap keperluan, ia boleh digantikan dengan vitamin E.


Bahan tambahan 6: Minyak sayuran separa berhidrogen
Lemak separa pejal yang terhasil apabila hidrogen dimasukkan ke dalam asid lemak tidak tepu.
Ia merupakan sumber utama lelemak trans dalam makanan segera. Mengikut kajian Harvard, sejumlah 70,000 serangan jantung setahun  (USA) disebabkan lelemak trans. Digunakan dengan meluas dalam rangkaian restoran makanan segera.


Bahan tambahan 7: Sulfit
Sulfit merupakan bahan pengawet yang mengekalkan warna makanan dan menghalang pembiakan bakteria dengan melepaskan sulfur dioksida.
Telah digunakan sejak beribu tahun dahulu untuk mengelakkan makanan basi dan mengekalkan kesegaran makanan. Walaupun kurang berbahaya, tetapi ia boleh membawa maut kepada penghidap asma dan lelah.


Bahan tambahan 8: Azodicarbonamide
Ataupun azodikarbonamida merupakan sejenis kondisener makanan (doh) tiruan yang berwarna kuning oren.
Disyaki sebagai penyebab penyakit asma dan banyak digunakan dalam industri pastri dan roti seperti roti burger dan donat. Selain itu ia digunakan untuk menghasilkan plastik busa industri.


Bahan tambahan 9: Karaginan
Ia tidak akan menyebabkan pengguna menjadi rajin, malah ia merupakan bahan pemekat dan emulsi berasal dari rumpai laut.
Walaupun rumpai laut terbukti baik untuk manusia, tetapi karaginan hanyalah produk sampingan atau bahan buangan dari produk utama rumpai laut. Kajian terhadap haiwan mendapati ia menyebabkan barah, radang dan masalah usus. Kepada manusia masih tidak diketahui apakah ia menyebabkan kerosakan teruk, ia boleh dikumuh oleh badan manusia seperti biasa. Karaginan digunakan secara meluas dalam pembuatan aiskrim.


Bahan tambahan 10: Ammonium Sulfat
Merupakan garam tak organik yang terhasil secara semulajadi berhampiran gunung berapi aktif dan digunakan secara komersil untuk membiak yis.
Bahan kaya nitrogen ini juga digunakan sebagai baja dan sering digunakan dalam bahan pemadam api. Dalam industri makanan ia digunakan untuk membuat roti. Mengikut kajian yang dijalankan, ammonium sulfat selamat untuk digunakan kerana ia merupakan bahan semulajadi.

 Haaaa..ada brani nak makan bende2 tersenarai kat ats ni byk2??
xyah la...memudaratkan...
renung2 kanlah dan selamat beramallllll..
(^__________^)

itu sahaja dari kamiiii...
jumpe lagiii..daaaaaaaaaaaaaaaa....
assalammualaikum....

Nota jari: makan utk hidup..bukan hidup untuk makan...

(admin: Princess Zahara..(^^,)~)
sumber bahan diatas: wikipedia

Monday, 25 July 2011

Halal ke x eh????JOm2...

Assalammualaikum...

hi2,,,,
lame tol x post kan2....hihihi...
maklumlah...bz internshippp ( semangattttttttttt!!!!)

sempena seminggu je lagi nak pose ni..saye nak la kongsi pasal bahan2 dalam makanan yg halal dan x halal utk dibuat berbuka nanti....
mau rugi je kite tahan lapar kalau makan bende yg x halal ye dok??? =)
dibawah ni, sy ada senaraikan (ambil dari http://www.bincang.net/forum/showthread.php?58845-senarai-makanan-yang-halal-dan-haram)

mai kite kongsi sesame...moh le...

Acetic Acid -Halal
Alcohol -Haram
Ammonium Sulfate- Halal
Ammonium Chloride- Halal
Animal Fat -Haram
Animal Shortening -Haram
Ascorbic Acid -Halal
Aspartame -Halal
Bacon (Pork)- Haram
Benzoate/Benzoic Acid- Halal
BHA -Halal
BHT -Halal
Calcium Carbonate -Halal
Calcium Sulfate -Halal
Carrageenan -Halal
Cholesterol -Mushbooh
Citric Acid -Halal
Cocoa Butter -Halal
Collagen (Pork) -Haram
Corn Meal / Corn Starch -Halal
Corn Syrup -Halal
Dextrin / Dextrose -Halal
Dicalcium Phosphate -Halal
Diglyceride -Mushbooh
Diglyceride (plant) -Halal
EDTA -Halal
Enzyme -Mushbooh
Ergocalciferol -Halal
Ergosterol -Halal
Ethoxylated Mono-/Di Glyceride -Mushbooh
Fatty Acid -Mushbooh
Ferrous Sulfate -Halal
Fructose -Halal
Fungal Protease Enzyme -Halal
Gelatin / Kosher Gelatin -Haram
Glucose -Halal
Glyceride -Mushbooh
Glycerol / Glycerin -Mushbooh
Glycerol Stearate -Mushbooh
Glycogen -Mushbooh
Gum Acacia -Halal
Hormones -Mushbooh
Hydrogenated Oil -Halal
Hydrolyzed Animal Protein -Mushbooh
Hydrolyzed Vegetable Protein -Halal
Lard -Haram (lemak khinzir)
Leavenings -Halal
Lecithin (commercial) -Halal
Malt -Halal
Malto Dextrin -Halal
Molases -Halal
Monocalcium Phosphate -Halal
Mono Saccharides -Halal
Monoglycerides -Mushbooh
MSG (Monosodium Glutamate) -Halal
Nitrates / Nitrites -Halal
Nonfat Dry Milk -Halal
Oxalic Acid -Halal
PABA -Halal
Vegetable Oil -Halal
Partially Hydrogenated Vegetable Oil -Halal
Pectic Materials -Halal
Pectin -Halal
Pepsin -Mushbooh
Phospholipid -Mushbooh
Phosphoric Acid -Halal
Pork -Haram
Potassium Benzoate -Halal
Potassium Bromate -Halal
Potassium Citrate -Halal
Propionate -Halal
Propionic Acid -Halal
Renin / Rennet -Mushbooh
Saccharine -Halal
Salt -Halal
Shortening -Mushbooh
Soy Protein -Halal
Soybean Oil -Halal
Sucrose -Halal
Tapioca -Halal
Tricalcium Phosphate -Halal
Vinegar -Halal
Whey -Mushbooh
Yeast- Halal
(mushboh tu was2..halal or haram..better xpayah makan laa)

amboiiiiiiii..panjg bebenor la pulak...tp rajinkanlah membaca..
ingat, ape yg kite makan ni, jdi darah daging kite...berhati2 la ye...
okeeeeeeeeeeeyyy...Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak...
Puase Penoh Tau!!!!!! (^^)V

(Admin:Princess Zahara (^^)V)






Thursday, 7 July 2011

Ape itu Aditif..sedap ke??? lai..lai bace...

Agak2 la..ape itu aditif dalam makanan ye???garamkah?gula kah?ajinamoto kah?sape tau???
ok..aditif makanan boleh dimaksudkan sebagai bahan yang ditambah ke dalam makanan dengan sengaja selain bahan asas makan. Maksudnye la...secara mudahnye..bl korang masak kari ayam (yummy2..)

resepiummumishkah.blogspot.com
  


mesti korang masukkan bahan lain seperti garam, gula, aji, serbuk kari, ape2 yang boleh mnyedapkan kari korang tu...haaa...bahan-bahan yang korag tambah tu la yang boleh disebut sebagai aditif makanan.  

tapi kan, takrif yg sy bg kat atas tu umum. 

Pihak Perundangan Makanan Malaysia mentakrifkan aditif makan sebagai bahan yang dimasukkan dengan sengaja dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti atau bagi maksud apa-apa tujuan teknologi yang berkesudahan menjadi komponen makanan mempenaruhi ciri-ciri makanan. COntohnye berbalik pada kari ayam tadi..
(saat ini sy sedg memikirkan kari ayam nasi kandar...sedap wooo)  
korang nak jd usahawan kari ayam..nak jual dalam bentuk ready-made ni..

beli kari ayam keluaran syarikat korang...panaskan kari tersebut dan  trus ngaappp..makan...

mestila korang kene tambah bahan pengawet, kondisioner makanan bagi mengekalkan kelazatan ketahanan dan kesedapan kari tu kan.. kalo xtambah mau berulat kari tu..(^____^)..xder sape nak beli..huhuhu

 

aditif makanan ni termasuklah 
-bahan awet
-bahan pewarna


-perisa
gambar dari google..



-pengantioksida



-kondisioner makanan


(Terjemahan surah Al-Baqarah 2:172)
 "Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya"


*semua info diatas diambil daripada buku Bahan Kimia Dalam Makanan Kita. ditulis oleh Jamal Khairi Hashim, Noraini Dato' Othman..

tapi yg pasal kari ayam tu..sy yg tambh2..mengikut kefahaman sy...huhuhu..

okeh..tu je..insyaallah next entry, kami kongsi info yg lain pule...daaaaaaaaa...


admin:Princess Zahara..(^_^)............